NADI MAHIR FOTO (MINGGU KE-5)

12 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

11 Ogos 2025- Seramai 4 Orang pelajar menyertai kelas mahir Foto bertempat di NADI Pekan Machan. Kelas diadakan selama 2 jam iaitu daripada pukul 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi.

Pada minggu ke-5 peserta diajar tentang tips smartphone,Elemen & perspektif dalam fotografi, Teknik Composition, Jenis-jenis fotografi.

Kursus ini menawarkan pengetahuan asas tentang cara mengambil gambar dan video menggunakan telefon pintar, dengan mempraktikkan teknik yang tepat serta proses penyuntingan yang berkualiti. Selain itu, peserta akan diperkenalkan kepada kaedah mencipta dan mengurus kandungan (content creation) media sosial yang menarik dan relevan mengikut trend terkini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali